Terma dan Syarat2018-12-20T05:22:40+00:00
Loading...

PERADUAN NESCAFÉ PRESENTS THE LAST ALTIMET SHOW

TERMA DAN SYARAT

A: Jadual Syarat Penyertaan

Penganjur : Altimet Holdings Sdn. Bhd.

Promosi : NESCAFÉ Presents The Last Altimet Show

Tempoh Promosi : Promosi bermula jam 00:00:00 pada 21hb Disember 2018 dan ditutup jam 23:59:59 pada 8hb Februari 2019.

Kelayakan : Promosi ini terbuka kepada semua individu yang bermastautin secara sah di Malaysia dan Warganegara Malaysia yang berusia enam belas [16] tahun dan ke atas pada permulaan Tempoh Promosi.

Golongan berikut tidak layak menyertai Promosi ini:

  1. Kakitangan Penganjur dan kumpulan syarikatnya dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik beradik, dan pasangan mereka);
  2. Pekerja agensi Penganjur yang berkaitan dengan Promosi dan keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka).

Kaedah Penyertaan :

  1. Beli produk NESCAFÉ Blend & Brew dalam satu resit (“Bukti Pembelian”) yang bernilai RM 20.00 ke atas dari mana-mana kedai berdekatan. Tarikh pembelian yang tertera di resit mesti berada dalam Tempoh Promosi. Produk NESCAFÉ Blend & Brew yang turut serta dalam Promosi ini :
    A. NESCAFÉ Blend & Brew ORIGINAL
    B. NESCAFÉ Blend & Brew RICH
    C. NESCAFÉ Blend & Brew MILD
    D. NESCAFÉ Blend & Brew ZERO

  2. Hantarkan gambar Bukti Pembelian yang jelas menyatakan; Nombor Resit Asal , Tarikh & Tempat Pembelian, Nama Produk, dan Harga Produk. Resit init mesti disimpan dan dibawa ketika pengambilan tiket pemenang.
  3. Sertakan gambar Bukti Pembelian dan kongsi kisah perjuangan anda untuk mencapai impian tersendiri ketika mengisi borang penyertaan di laman sesawang http://altimet.com.my/Nescafe

Tarikh Akhir Penyertaan

Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 pada 8hb Februari 2019

Perincian Pengadilan Pengesahan Penyertaan

  • Bukti Pembelian asal yang jelas menunjukkan pembelian Produk NESCAFÉ Blend & Brew, nombor resit, tarikh dan nama tempat pembelian, serta harga produk.
  • Tarikh pembelian yang sah
  • Jumlah pembelian Produk NESCAFÉ Blend & Brew yang melebihi RM20.00.
  • Semua butiran peribadi yang diperlukan
  • Tiada perubahan Bukti Pembelian di dalam apa-apa jua bentuk; nama kedai, produk yang dibeli, harga dan tarikh atau waktu pembelian.
  • Bukti Pembelian tulisan tangan, Pesanan Pembelian dan Nota Penghantaran Invois tidak akan diterima sebagai bukti pembelian.
  • Resit E-Dagang akan diterima sebagai Bukti Pembelian.

Pengumuman Pemenang

Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan melalui telefon. Senarai para pemenang juga akan diumumkan di laman web rasmi Altimet, http://altimet.com.my/Nescafe

Hadiah Hadiah

  • 1 x Sepasang tiket VIP ke Nescafe Presents The Last Altimet Show beserta sesi suai kenal bersama Altimet
  • 25 x Sepasang tiket awam ke Nescafe Presents The Last Altimet Show


Jadual Syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Syarat-syarat Penyertaan, secara kolektif dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”, dan akan mengikat semua peserta (dan ibu bapa/penjaga peserta yang sah, untuk peserta bawah umur) yang menyertai Promosi ini (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta”, “Anda”,).

B: Syarat-syarat Penyertaan

  1. Pengenalan

1.1 Syarat-syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Jadual Syarat Penyertaan. Jika terdapat sebarang percanggahan antara Syarat-syarat Penyertaan dan Jadual Syarat Penyertaan, Jadual Syarat Penyertaan hendaklah diguna pakai. Syarat-syarat Penyertaan dan Jadual Syarat Penyertaan secara kolektif akan dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”. Setiap terma yang berhuruf besar jika tidak dinyatakan selainnya di dalam ini hendaklah mempunyai maksud yang ditakrifkan untuk terma sedemikian dalam Jadual Syarat Penyertaan. Terma yang ditakrifkan boleh digunakan untuk bentuk mufrad dan jamak mengikut keadaan.

1.2 Penganjur berhak mengikut budi bicara, tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Promosi, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosi secara keseluruhan atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa Penyertaan berterusan mereka dalam Promosi akan menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah).

1.3 Keputusan Penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Promosi termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua Peserta. Sebarang surat menyurat atau rayuan berkaitan pengadilan dan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.

  1. Penyertaan Promosi

2.1 Dengan mengemukakan penyertaan untuk Promosi ini, Peserta dianggap sudah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.

2.2 Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan dalam Promosi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas, pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan semasa atau berhubung dengan Promosi ini hendaklah ditanggung oleh Peserta.

2.3 Bukti penghantaran penyertaan bukanlah bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau tidak diterima. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan operasi atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau pengubahsuaian komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di Internet.

  1. Kelayakan

3.1 Sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Syarat Penyertaan, sekiranya Peserta berumur di bawah enam belas (16) tahun, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis (dalam bentuk yang akan ditentukan oleh Penganjur), daripada ibu bapa/penjaga sah mereka sebelum menyertai Promosi ini dan mengemukakan sebarang maklumat peribadi.

3.2 Penganjur boleh meminta Peserta untuk memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi ini termasuk tetapi tidak terhad kepada dokumen pengenalan, dan kebenaran bertulis ibu bapa/penjaga sah untuk Peserta di bawah umur enam belas (16) tahun.

  1. Ketidaklayakan

Kumpulan orang yang dinyatakan di bawah tidak layak untuk menyertai Promosi ini:

(a) Kakitangan Penganjur dan syarikat-syarikat dalam kumpulannya dan ahli keluarga terdekat mereka (suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik dan suami isteri adik beradik mereka); dan

(b) Kakitangan agensi Penganjur yang berkaitan dengan Promosi ini dan ahli keluarga terdekat mereka (suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik dan suami isteri adik beradik mereka).

  1. Perlucutan Kelayakan

5.1 Penyertaan berikut akan dilucutkan kelayakannya:

(a) penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca atau tidak betul; dan/atau

(b) penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkuat kuasa.

5.2 Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:

(a) menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Promosi dengan pemalsuan, atau penipuan; dan/atau

(b) tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi ini untuk pengesahan Penganjur apabila diminta.

5.3 Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau bayaran nilainya daripada Peserta yang dilucutkan kelayakannya.

  1. Hadiah

6.1 Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana Peserta yang gagal menuntut Hadiah menurut ketetapan Tuntutan Hadiah/Tarikh Penghantaran dalam apa keadaan sekalipun. Penganjur berhak menentukan pengurusan Hadiah yang tidak dituntut.

6.2 Hadiah sama sekali tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Penganjur.

6.3 Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Penyertaan berkaitan Hadiah hendaklah ditanggung oleh Pemenang.

6.4 Semua Hadiah mesti diambil menurut terma dan syarat Penganjur, ejennya, penaja atau pihak ketiga yang menyediakan Hadiah.

(a) Tiket Acara:

Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pembatalan atau penjadualan semula yang boleh menghalang penunaian Hadiah. Tiket hanya boleh digunakan pada tarikh yang dinyatakan pada tiket.

6.5 Hadiah hendaklah dituntut sendiri melainkan Penganjur menetapkan cara lain untuk tuntutan.

6.6 Di mana seorang Peserta masih di bawah umur enam belas (16) tahun dan diumumkan sebagai pemenang Hadiah, Peserta mesti ditemani oleh ibu bapa/penjaga sah mereka sepanjang upacara penyampaian Hadiah.

  1. Publisiti

Penganjur boleh menggunakan penyertaan Peserta termasuk tetapi tidak terhad kepada gambar, lukisan, teks, dan sebarang kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Promosi (secara kolektif dirujuk sebagai “Material”), dan nama Peserta, dan/atau persamaannya, untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan promosi mana-mana barangan Penganjur, untuk tempoh tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan di mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan segala perkara yang perlu untuk tujuan ini jika diminta oleh Penganjur.

  1. Hak Milik Harta Intelek

Peserta bersetuju bahawa segala hak milik harta intelek dalam sebarang kandungan dan/atau material yang dikemukakan, dibuat atau dicipta oleh Peserta berhubung dengan Promosi ini dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat menjadi hak, kepunyaan dan milik Penganjur. Penganjur berhak menggunakan dan mengubah suai material atau hasil kerja tersebut dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan segala haknya ke atas material atau hasil kerja tersebut.

  1. Indemniti

Setiap Peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur dan syarikat pegangan, subsidiari atau syarikat berkaitannya sebagaimana ditetapkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”), para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan semua kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat penyertaan Peserta dalam Promosi, penerimaan sebarang Hadiah, dan/atau penggunaan penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berhubung dengan Promosi ini atau pelanggaran Terma dan Syarat.

  1. Had Liabiliti

10.1 Penyertaan Peserta dalam Promosi ini adalah atas risiko Peserta sendiri.

10.2 Penganjur, Altimet Holdings Sdn Bhd, Kumpulan Nestlé Malaysia, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana Peserta berhubung dengan sebarang kerugian atau kerosakan dan sebagainya yang ditanggung, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian secara tidak langsung atau berlanjutan, atau untuk kecederaan peribadi yang ditanggung atau dialami oleh Peserta yang timbul daripada atau berhubung dengan penyertaan Peserta dalam Promosi ini, dan juga penebusan dan/atau penggunaan sebarang Hadiah yang dimenangi.

  1. Am

11.1 Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Promosi dan Terma dan Syarat di mana mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk memberi pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun dalam keadaan sedemikian.

11.2 Sebarang nama, tanda perdagangan atau logo yang digunakan dan/atau diterbitkan semula dalam sebarang material (termasuk material pemasaran dan promosi) berhubung dengan Promosi ini, khususnya yang berkaitan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing. Promosi ini dan Penganjur tidak mempunyai pertalian dengan, atau mendapat pengesahan atau tajaan daripada pemilik berkenaan, melainkan dinyatakan sebaliknya, dan pemilik berkenaan bukanlah sebahagian daripada syarikat kumpulan Penganjur.

11.3 Peserta tidak berhak untuk menyerah mana-mana hak atau sub kontrak mana-mana kewajipan yang terkandung di sini. Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan seluruh atau mana-mana bahagian haknya kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Penganjur.

11.4 Ketidaksahan, kesalahan dari segi undang-undang atau ketidakbolehan penguatkuasaan mana-mana Terma dan Syarat Promosi ini tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan kesinambungan pelaksanaan Terma dan Syarat Promosi yang selainnya.

11.5 Di mana Terma dan Syarat Promosi ini disediakan dalam bahasa Malaysia dan bahasa yang lain, sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara bahasa Malaysia dan bahasa lain, versi bahasa Malaysia hendaklah diguna pakai dan dikuatkuasa dalam semua hal.

11.6 Terma dan Syarat Peraduan ini hendaklah diertikan, ditadbir, dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.

Notis Privasi

12.1 Dengan menyertai Peraduan Nescafe Presents The Last Altimet Show, anda telah bersetuju untuk Altimet Holdings Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Altimet Holdings Sdn Bhd”) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “kami”) memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan/ atas talian bagi tujuan Peraduan Nescafe Presents The Last Altimet Show. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

12.2 Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, sampel, apa-apa promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekiranya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.

12.3 Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.

12.4 Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.

12.5 Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda.

12.6 Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Peraduan Nescafe Presents The Last Altimet Show dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.